'Saya hargai keputusan mahkamah' - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar-pelajar tahfiz yang hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Ar-Rahman Kampung Pulai dekat Serkam, pada Isnin. - Foto Bernama

JASIN - Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

"Ini membolehkan untuk saya melaksanakan tugas-tugas rasmi saya khususnya melibatkan lawatan rasmi dan juga menghadiri mesyuarat atau persidangan di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Dan tentunya ini memberikan makna yang cukup baik untuk saya dan saya menghargai keputusan mahkamah khususnya kepada ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan daripada peguam-peguam saya untuk Yang Arif memberi keputusan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini pada Isnin.

Iklan

Pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit. - Bernama

Iklan