Belanja RM50 tak cukup

Iklan
Bazar Ramadan menjadi tumpuan orang ramai membeli juadah berbuka puasa.

SHAH ALAM - Makanan yang mahal di bazar Ramadan susulan kenaikan harga bahan mentah menyaksikan ada pengunjung yang perlu berbelanja lebih RM50 sehari untuk membeli juadah berbuka puasa.

Situasi itu mengambil kira pengunjung berkeluarga yang membeli seekor ayam golek berharga RM28, roti john cheese (RM15) dan sebungkus air tebu (RM7) khususnya di Lembah Klang.

Iklan
Iklan

Itu belum termasuk kuih-muih yang perlu dibeli dalam kuantiti ditetapkan peniaga.

Tinjauan Sinar Harian di Baazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam mendapati orang ramai perlu berbelanja besar untuk membeli juadah berbuka.

Iklan

Juruteknik, Haikal Azrul, 24, berkata, dia membelanjakan sejumlah RM27 bagi membeli juadah untuk dirinya seorang.

"Saya beli satu nasi lauk kambing yang berharga RM17, air buah (RM5) dan kueh akok (RM5)," katanya.

Iklan
Mohamad Afiq

Pegawai bank, Mohamad Afiq Anuar, 33, mengakui terdapat peningkatan harga pada juadah puasa berbanding tahun lalu.

Dia berkata, harga ayam antara bahan yang mengalami kenaikan harga pada tahun ini.

"Contohnya ayam panggang, dulu harga dalam RM20 atau RM19 tetapi sekarang dalam RM29. Setakat ini, harga ayam antara ketara yang saya nampak meningkat.

"Macam saya, biasanya saya akan beli kuih-muih sahaja, sebab di rumah dah ada orang yang tolong masakkan. Harga kuih ini selalu dalam RM10," ulasnya.

Nordiani

Di Alor Setar, Kedah, seorang pengunjung, Nordiani Abd Rahman, 38, berkata, membawa wang RM50 sekarang sudah tidak cukup untuk membeli makanan di bazar Ramadan.

"Wang RM50 dibawa memang tidak cukup apabila saya lihat, makanan seperti takoyaki sahaja sudah mencecah RM6 hingga RM12, roti john pula RM8, air bungkus antara RM4 hingga RM5 dan tepung pelita RM3.

"Bayangkan, saya beli nasi dua bungkus dengan air bungkus dan kuih muih pun sudah mencecah RM50," katanya.

Menurut usahawan itu, dia merasakan memasak di rumah lebih baik terutamanya sekiranya memiliki anak ramai berbanding membeli di bazar berikutan pengalaman dilalui itu.

Raja Fakrurazi

Di Kota Bharu, seorang jurujual syarikat telekomunikasi, Raja Fakurazi Raja Daud, 46, berkata, hanya akan berbelanja di bazar Ramadan di Tumpat sekiranya dia dan isteri tidak sempat untuk pulang memasak di rumah kerana bekerja.

"Saya beli lauk gulai ayam yang berharga RM8 seketul belah empat. Perlu ambil dua ketul untuk empat beranak sudah RM16.

"Ambil gulai ikan kering tiga ketul kecil RM5. Tak ada lauk yang dijual bawah RM5 manakala nasi kosong pula sebekas polisterina RM2,” katanya.

Dia berkata, kuih akok pula dijual tujuh keping RM5 manakala akok bunga RM7 sekeping berbanding RM5 sebelum ini.

"Dulu akok boleh dibeli dalam kuantiti tiga keping RM2 tetapi sekarang sudah ditetapkan perlu beli tujuh keping RM5.

Siti Nur Fathin

"Akok bunga pula RM7 perlu dibeli dua keping setiap seorang jadi RM14. Ditambah pula dengan minuman masing-masing RM3 bagi air koktel dan air asam boi,” katanya.

Seorang pembantu kedai, Siti Nur Fathin Izzuri Mohd Lokeman, 27, pula berkata, memilih memasak di rumah berbanding berbelanja di bazar Ramadan di daerah ini kerana semua menu dijual dengan harga yang mahal.

"Saya ke bazar habis RM30 kerana membeli nasi khaumok tiga bungkus yang setiapnya RM6 sebungkus.

"Air koktel RM4 dua bungkus dan jala mas tiga keping RM2 manakala buah tanjong RM2 beberapa biji,” katanya.