'Buka puasa ramai-ramai lebih meriah'

Iklan
Program Iftar ala Madinah @ Karangkraf yang berlangsung di Dataran Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SHAH ALAM - Menikmati suasana berbuka puasa secara terbuka sudah pasti memberi pengalaman baharu kepada orang ramai terutamanya golongan muda dalam menyambut bulan Ramadan.

Salah seorang pengunjung program Iftar ala Madinah @Karangkraf, Iman Nur Hakim Rosdan, 23 berkata, suasana apabila berbuka secara beramai-ramai dilihat lebih meriah berbeza dengan pengalaman berbuka bersendirian atau bersama keluarga.

Iklan
Iklan

Menurut Iman yang juga merupakan seorang mahasiswa dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu, pada awalnya dia tidak menyangka Kompleks Kumpulan Karangkraf dapat menganjurkan program yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang pengunjung pada satu-satu masa.

Mohamad Safwan

"Awal-awal masa daftar, saya agak risau takut tak cukup makanan dan ruang untuk 1,000 orang, tapi rupanya cukup.

Iklan

"Macam saya, pastinya saya akan datang lagi pada masa akan datang kerana program seperti ini memang bagus untuk kita terapkan semangat hidup bermasyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, pengunjung lain, Ahmad Nazrulhakim Norazman, 23, berkata, dia sudah tahu mengenai anjuran program Iftar ala Madinah @Karangkraf sejak tahun lalu lagi, namun tidak berkesempatan untuk sertai acara tersebut.

Iklan

Menurutnya yang juga mahasiswa di sebuah IPTA, dia rasa teruja apabila berkesempatan untuk hadir ke program ini kerana ia merupakan kali pertama dapat merasai sendiri suasana berbuka secara beramai-ramai.

"Selalunya tradisi makan beramai-ramai macam ini kita boleh lihat di masjid dan surau sahaja. Di tempat lain memang jarang kita dapat lihat.

Mohd Shahrul

"Bezanya program ini kita dapat lihat dari segi suasana itu sendiri. Biasa kalau berbuka dalam bilik kolej, kita makan seorang sahaja tetapi bila makan beramai-ramai seperti ini kita dapat merapatkan ukhuwah kita sesama Muslim,” jelasnya.

Sementara itu, juruteknik, Mohd Shahrul Tajadin, 49, berkata, dia dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri program Iftar ala Madinah @Karangkraf sejak tahun lepas lagi.

"Anak-anak memang suka bila dapat berbuka beramai-ramai seperti ini sebab (suasananya) meriah.

"Sebelum ini kita berbuka di rumah sahaja, sama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun kita berbuka di rumah. Jadi apabila kami baca akhbar dan dapat tahu berkenaan anjuran program Iftar ala Madinah @Karangkraf ini, kami pun sertai,” jelasnya.

Iman nur hakim

Dalam pada itu, penjawat awam, Mohamad Safwan Mohamad Shuib, 25, mengakui ini merupakan kali pertama dia menyertai program tersebut.

"Sebelum ini pun saya tak pernah berbuka beramai-ramai macam ini. Kalau ada pun masa zaman-zaman sekolah.

"Cumanya pada awal saya sampai, saya tidak tahu di mana pintu masuk sebab ini kali pertama saya datang ke sini.

"Saya harap mungkin pihak pengurusan dapat buat penunjuk arah ke pintu masuk sebab saya pada awal tadi pun sesat juga kat luar,” jelasnya.

Ahmad Nazrulhakim

Individu yang mahu menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf boleh mengesahkan kehadiran di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScXgaP2G9Wpz0KwZKoMisnYuJ6ImFz5wrfff8sAvjImNKxhxQ/viewform.

Bagi pihak yang ingin turut serta memberi infak makanan, barangan atau wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Sinar Karangkraf Sdn Bhd 564276 529068 (Maybank) atau melalui pautan https://info.sinarharian.com.my/tabung-infak-iftar-karangkraf/.