Promosi Raya Guardian tawar penjimatan 50 peratus

Iklan
Teo (tengah) bersama Sham Visa dan Amy Mastura serta finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2019 pada tayangan perdana TVC 'Guardian Raya Untuk Semua' 2023 pada Isnin.

PENERAJU rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit, Guardian Malaysia menawarkan penjimatan sehingga 50 peratus sempena ‘Guardian Raya Untuk Semua’ bermula 30 Mac ini.

Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, Guardian turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa untuk pelanggan menerusi pembelian di semua stor fizikal miliknya dan dalam talian miliknya.

Iklan
Iklan

"Diskaun 70 peratus juga diberikan bagi pembelian untuk barangan kedua produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian,” katanya pada tayangan perdana iklan komersial televisyen (TVC) ‘Guardian Raya Untuk Semua’ dan majlis berbuka puasa bersama media di sini pada Isnin.

Teo berkata, antara tawaran istimewa Hari Raya termasuklah percuma beg penyusun kecantikan dengan pembelian RM160 ke atas; percuma set tiga pinggan seramik dengan pembelian RM120 ke atas dan percuma bekas kaca meadows dengan penutup buluh dengan pembelian RM120 ke atas.

Iklan

"Selain itu, belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5 liter pada RM89 (jimat 50 peratus); percuma kupon penjagaan kulit RM10 dengan pembelian RM80 ke atas; percuma baucer jenama penjagaan kulit bernilai RM118 dan sampul duit raya eksklusif Guardian untuk belian RM68 ke atas,” jelasnya.

Tambahnya lagi, bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia Guardian akan mendermakan RM0.15 bagi setiap liter produk mandian jenamanya yang terjual.

Iklan

Mengulas lanjut TVC yang menampilkan selebriti Amy Mastura dan Sham Visa, Teo berkata, iklan berkenaan dihasilkan dengan membawa mesej mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai kekeluargaan.

"Apa yang menjadikan iklan ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah tahun ini, Guardian menampilkan empat finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2019.

Teo berkata, keempat-empat wanita ini, Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, bukan sahaja sebagai pelanggan setia Guardian malah merupakan ikon Healthy Beauty yang menjadi imej Guardian selama ini.

TVC ‘Guardian Raya Untuk Semua' boleh ditonton menerusi www.guardian.com.my dan aplikasi mudah alih Guardian.