SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan bahawa hukum seseorang peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi adalah haram.
Ia susulan perkongsian orang ramai tular di media sosial sejak hari pertama puasa Khamis lalu yang mendakwa makanan dibeli mereka di beberapa bazar Ramadan di negara ini hangit, basi serta tidak sepadan dengan harga jualan.