Kuih Kapit Empat Dara

Iklan

Pengusaha Kuih Kapit Empat Dara Kak Yah Pulau Suri, Noriah Ramli, 47, menunjukkan empat perasa sebagai inti tambahan pada kuih kapit seperti salutan kuaci coklat, kuaci biasa, coklat keju dan kacang ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Suri di sini.

Kuih kapit yang diusahakan sejak 30 tahun lalu itu mendapat pemintaan tinggi sekali ganda apabila menjelang Ramadan.

Iklan
Iklan

Beliau kini menerima tempahan lebih dari 1,000 balang kuih kapit dalam tempoh sebulan Ramadan berbanding hari biasa hanya menerima tempahan 200 sehingga 400 balang sebulan.