Hanya pandangan peribadi Khalid - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pegerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad mengenai calon Menteri Besar di tiga negeri pada pilihan raya negeri (PRN) diberi kepada BN sebagai pandangan peribadi.

Malah Timbalan Perdana Menteri itu berkata, bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu tiada dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Itu pandangan peribadi (Khalid), nanti kita bincangkan dalam mesyuarat rundingan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

"Itu pandangan peribadi (malah) dia tidak ada dalam itu (Sekretariat Kerajaan Perpaduan),” katanya ketika ditemui selepas mempengurusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi di bangunan Parlimen pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan, Khalid memaklumkan PH dijangka memberi ruang kepada BN meletakkan calon menteri besar sekiranya menang PRN di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Sementara itu Khalid mengakui kenyataannya mengenai perkara berkenaan hanya pandangan peribadi, namun diterjemahkan menerusi data dan fakta ketika PRN dan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Iklan

"Betul ianya masih belum dibincang tetapi berdasarkan kepada statisik dan data, kemungkinan (calon menteri besar daripada BN) adalah begitu kerana kita nampak dalam PRN dan PRU14 lalu, di perigkat DUN (Dewan Undangan Negeri) kebanyakan kerusi kita (PH) nombor tiga, BN kedua. Kita kena terima fakta itu.

"Memang saya beri idea untuk ianya dibincang dan dibahas dengan lebih mendalam, memang akan ada rundingan (tetapi) belum dilakukan lagi (kerana) kerjasama PH dan BN baru sahaja.

"Itu pun secara umum sudah dipersetujui tetapi untuk memungkin perkara itu berlaku, kena ada kesanggupan semua pihak,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bangunan Parlimen pada Selasa.

Dalam pada itu Khalid turut menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid sebagai tanda tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

"Tetapi kalau Zahid kata belum bincang, maknanya dia tidak setuju, baguslah. Apabila kata belum bincang, it is open (terbuka) kemungkinan yang lain,” ujarnya.