Hak penumpang LRT saman Rapid Rail, Prasarana - Anthony

Iklan
Anthony (tengah) selepas melancarkan pas tanpa had MyBAS dan bas awam elektrik pertama Johor, di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pengangkutan menghormati keputusan lapan penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) yang memfailkan saman sebanyak RM860,000 terhadap Rapid Rail Sendirian Berhad dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihak mangsa mempunyai hak untuk memfailkan saman itu sejajar dengan prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

Iklan
Iklan

"Apa yang saya hendak katakan, kita merasakan simpati terhadap kemalangan itu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan pas tanpa had MyBAS dan bas awam elektrik pertama Johor, di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Iklan

Pada Isnin, media melaporkan lapan penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) memfailkan saman sebanyak RM860,000 terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Ia membabitkan kejadian dua buah tren LRT Laluan Kelana Jaya bertembung sehingga menyebabkan beberapa penumpang cedera pada jam 9.15 malam, 24 Mei 2021 lalu.

Iklan

Mereka ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47; Marvena Jitol, 28; Riezariel Haeqal, 23; Rozita Che Rus, 28; Ng Siow Nee, 36; Siti Nuraliah Hashim, 26; Nurul Athirah Mohd K Jabayee, 36 dan Muhammad Firdaus Mohd Saleh, 35.

Pada Mei 2021 lalu, video dan gambar mengenai insiden itu tular di media sosial, menunjukkan ratusan penumpang bergelimpangan termasuk sebahagiannya mengalami kecederaan parah.

Untuk rekod pada tarikh berkenaan, seramai 213 penumpang tren LRT laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera selepas tren berkenaan brek secara mengejut di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru di sini.