Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB

Iklan
Shahaniza menerima cenderamata daripada Naib Canselor UCYP, Profesor Datuk Ahmad Zainuddin

KUANTAN -"Jutaan terima kasih dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta akan menggalas tanggungjawab dan amanah diberikan sebaik mungkin," kata Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin selepas dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB).

Menurutnya, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH kita akan berusaha menarik lebih ramai pelajar dan menjadikan ia salah satu pilihan utama pelajar di negara ini.

"Bukan sahaja pelajar dalam negara, kita juga akan berusaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, setakat ini kita ada dari China dan Indonesia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Jelas beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu telah ke Kompleks Yayasan Pahang untuk menerima kunjung hormat daripada Lembaga Pengarah KESB dengan beberapa penerangan dan perbincangan turut dilaksanakan.

"Sekalung penghargaan saya berikan kepada semua ahli-ahli lembaga pengarah, Naib Canselor UCYP (Kolej Universiti Yayasan Pahang) ketua eksekutif serta kakitangan di atas ucapan kepada pelantikan ini.

Iklan

"Semoga pelantikan ini akan sedikit sebanyak membantu dalam usaha pembangunan pendidikan mahasiswa terutamanya anak Pahang dan berharap UCYP akan terus menjadi medan dan wadah penyedia pendidikan tinggi kepada anak-anak watan," tambah beliau.