Ziarah Kasih Ramadan rai anggota polis, bomba

Iklan
Anggota polis menerima bubur lambuk dalam program Ziarah Kasih Ramadan yang dianjurkan Kelab Xmax Selkang di sini pada Isnin.

KLANG - Lebih 50 anggota polis dan bomba diraikan menerusi program Ziarah Kasih Ramadan anjuran Kelab XMAX Selkang di sekitar kawasan Klang Selatan di sini pada Isnin.

Ketua Program, Zanurin Zakaria berkata, program ini melibatkan pengagihan bubur lambuk ke balai-balai polis serta balai bomba di sekitar kawasan Klang Selatan.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 100 bubur lambuk disediakan yang dimasak secara bergotong royong sebelum 30 ahli Kelab Xmax Selkang berkonvoi untuk mengagihkan bubur lambuk ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ahli Kelab Xmax Selkang berkonvoi untuk mengagihkan bubur lambuk dalam program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar kawasan Klang Selatan.

Menurutnya, program ini diadakan secara langsung bagi menghargai pengorbanan anggota polis dan bomba.

Iklan

"Pengorbanan anggota polis dalam memastikan keamanan dan keselamatan masyarakat sememangnya tidak dapat dinafikan, begitu juga dengan anggota bomba.

"Walaupun tidak seberapa yang kami sampaikan ini, setidaknya kemeriahan dan nikmat Ramadan itu dapat dikongsikan bersama," ujarnya.

Iklan