RM5 hanya harga menu Rahmah, bukan barangan lain

Iklan
Salahuddin ketika sesi pertanyaan di Dewan Negara pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Harga jualan RM5 yang diperkenalkan dalam inisiatif Rahmah hanya termaktub kepada menu makanan yang dijual oleh pihak terlibat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan, inisiatif berkenaan yang kini diperluaskan kepada barangan lain tidak terikat dengan penentuan harga tersebut.

Iklan
Iklan

"Yang RM5 hanya menu (Rahmah), peniaga (makanan) boleh tawarkan harga RM5 dan ke bawah.

"Bagi jualan (selain makanan), bukan RM5. Sebagai contoh seperti di Jakel, harga asal baju Melayu model Aaron Aziz atau Nabil (harga) RM350.

Iklan

"Apabila dilakukan sesi libat urus dengan Jakel tentang jualan Rahmah, diturunkan (harga) sehingga RM148. Ia dijual sebanyak satu juta pasang di semua Jakel seluruh negara," katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang meminta penjelasan mengenai ketetapan harga Rahmah bagi kategori selain makanan.

Iklan

Dalam pada itu Salahuddin berkata, inisiatif yang diperkenalkan syarikat tekstil terkenal itu dilihat mampu memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dalam persiapan menjelang Aidilfitri akan datang.

"Sekiranya ada rungutan tentang kualiti, maka orang ramai boleh lakukan aduan kepada KPDN (kerana) kita sudah meterai satu perjanjian dengan pemain industri.

"Kementerian tidak akan bertolak ansur tentang kualiti sama ada menu atau pakaian," katanya.