KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak rayuan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan beliau terhadap bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Khalid ketika dihubungi pemberita berkata, Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menolak rayuan itu melalui prosiding yang dijalankan secara sidang video.