Kuih kapit empat dara Kak Yah laris ketika Ramadan

Iklan
Noriah menunjukkan empat perasa sebagai inti tambahan pada kuih kapit seperti salutan kuaci coklat, kuaci biasa, coklat keju dan kacang. - Foto Bernama

TUMPAT - Siapa sangka kuih kapit yang dahulunya sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina kini semakin mendapat sambutan oleh semua lapisan umur dan kaum di negara ini kerana rasanya yang lazat serta mempunyai bentuk menarik.

Pengusaha kuih tradisonal itu, Noriah Ramli, 47, atau lebih dikenali Kak Yah berkata, kuih kapit yang diusahakannya sejak 30 tahun lepas itu semakin mendapat pemintaan ramai terutama ketika Ramadan.

Iklan
Iklan
Noriah mengacau adunan untuk membuat kuih kapit iaitu gula, tepung gandum dan telur. - Foto Bernama

"Saya terima tempahan kuih ini sejak Februari lepas kerana rata-rata pelanggan adalah peniaga bazar Ramadan seperti di Kuala Lumpur, Kedah dan Johor,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Pulau Suri, di sini pada Selasa.

Menurut Noriah, beliau menghasilkan dua jenis kuih kapit iaitu kapit gulung dan kapit botol tetapi demi mencari sedikit kelainan dalam pemasaran produknya, kuih kapit botol yang diberi gelaran ‘empat dara’ turut dijual kerana mengandungi inti coklat keju, kacang, kuaci biasa dan kuaci coklat dalam satu botol.

Iklan
Noriah sedang membakar kuih kapit ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Suri. - Foto Bernama

Katanya, setakat ini, lebih 1,000 botol kuih kapit sudah disiapkan dan permintaan terhadap kuih kapit ‘empat dara’ meningkat tiga hingga empat kali ganda berbanding sebelum ini iaitu hanya 200 hingga 400 botol sebulan.

"Kuih kapit botol ‘empat dara’ dijual pada harga RM16 sebotol manakala kuih kapit botol biasa berharga RM12. Kuih kapit gulung pula dijual pada harga RM13 sebotol,” katanya.

Iklan
Kuih kapit yang diusahakan Noriah sejak 30 tahun lalu mendapat permintaan tinggi sekali ganda apabila menjelang Ramadan. - Foto Bernama

"Walaupun kuih kapit saya mempunyai perisa, dari segi pembuatannya ia masih dikekalkan dengan menggunakan bahan seperti tepung gandum, telur, gula dan sebagainya kerana ia merupakan resipi air tangan ibu saya, Siti Fatimah Yaacob, 68," katanya.

Beliau berkata, pembuatan kuih kapit perlu dilakukan dengan teliti kerana selepas bancuhan tepung dituang ke dalam acuan, api perlu dikawal dengan baik bagi mengelak kuih mudah hangus.

Noriah mengisi perasa coklat sebagai inti tambahan pada kuih kapitnya. - Foto Bernama

"Pada Ramadan ini, saya mampu hasilkan 50 hingga 70 botol sehari dengan setiap botol mengandungi 40 keping kuih kapit dan setakat ini hasil jualan mencecah lebih RM15,000," katanya. - Bernama