Yakult laksana Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita

Iklan
Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar.

SHAH ALAM - Bagi meningkatkan tahap kesedaran penduduk Malaysia mengenai risiko kanser payudara, kanser serviks dan kanser usus besar, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita.

Program dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas itu juga untuk menghargai wanita sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Iklan
Iklan
Dr Masyitah, Dr Jusoh dan Hiroki bergambar bersama pwngerusi dan wakil pertubuhan buan kerajaan Pasir Mas yang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita.

Pengarah Urusan Yakult, Hiroki Yanase berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yakult bertujuan untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai.

"Ia juga selaras dengan falsafah syarikat yang menekankan penggunaan probiotik iaitu bakteria berfaedah untuk membantu meningkatkan fungsi usus," katanya pada program itu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 3 Pasir Mas.

Iklan
Hiroki (dua dari kanan) bersama wakil Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas, Dr Masyitah Hassan (kiri) dan wakil Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas, Dr Jusoh Awang Senik pada Program Kempen Kesedaran Wanita.

Antara aktiviti yang diadakan pada program berkenaan adalah pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan gigi, tekanan darah tinggi, paras gula serta pemeriksaan kanser payudara dan serviks.

Yakult dan Klinik Kesihatan Pasir Mas juga menjemput panel bagi memberi perkongsian melalui ceramah mengenai kanser payudara, serviks serta kesihatan mental wanita.

Iklan

Kata Hiroki, aktiviti CSR tersebut selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit yang mana Yakult percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.