UMNO guna lambang dacing pada PRN - Ahmad Zahid

Iklan
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas Majlis Sentuhan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir pada Selasa. - Foto Bernama.

KUALA NERUS - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.

Iklan
Iklan

"Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, di sini pada Selasa.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata UMNO bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan setakat ini masih belum membincangkan secara formal mengenai perkara itu.

Iklan

Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said dilantik semula sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Katanya, pelantikan semula Ahmad yang berkuat kuasa serta merta itu diharap dapat memacu pembangunan di tiga daerah di bawah pentadbiran Ketengah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. - Bernama.

Iklan