Scotland rentap ego Sepanyol

Iklan
McTominay (kiri) meledak dua gol dalam kemenangan bersejarah ke atas Sepanyol. - Foto AFP

SCOTT McTominay menjaringkan dua gol ketika Scotland mengejutkan Sepanyol 2-0 di Hampden Park dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 awal pagi Rabu.

Pasukan kendalian Steve Clarke itu memenangi perlawanan pembukaan kelayakan mereka dalam Kumpulan A 3-0 ke atas Cyprus pada Sabtu lalu dan sekali lagi menang bergaya keatas juara Eropah tiga kali Sepanyol.

Iklan
Iklan

Ia merupakan kemenangan pertama mereka ke atas Sepanyol sejak 1984 dan turut menjadi keputusan terbaik mereka sejak menewaskan Perancis pada 2007.

"Pengurus berkata kepada kami sebelum menaiki bas ke stadium iaitu ini adalah peluang untuk mencipta legasi sebagai pemain Scotland.

Iklan

"Ini adalah malam dalam 20-30 tahun yang anda akan ingat sebagai pemain. Apabila anda menonton semula permainan anda mengatakan saya berada di sana," kata McTominay.

Keputusan itu merupakan kekalahan pertama bagi jurulatih baharu Sepanyol, Luis de la Fuente yang mengambil alih tugas daripada Luis Enrique selepas Sepanyol tersingkir di peringkat 16 terakhir Piala Dunia kepada Maghribi tahun lalu.

Iklan

"Kami juga cuba untuk bangkit, percubaan kami terkena tiang dua kali dan kami mempunyai banyak peluang untuk jaringkan gol lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama.

"Kami perlu memperbaiki kesilapan ini yang menyebabkan kami terlepas mata penting," kata pemain tengah Sepanyol, Rodri.

Scotland berada di kedudukan teratas Kumpulan A selepas dua perlawanan hasil dua kemenangan manakala Sepanyol di kedudukan kedua dengan satu kemenangan yang dilakar ke atas Norwway Ahad lalu.