SATU gol dan dua bantuan jaringan daripada Kevin De Bruyne memastikan Belgium mengatasi tuan rumah Euro 2024 Jerman 3-2 dalam aksi persahabatan di Cologne pada awal pagi Rabu.
De Bruyne membantu mengumpan dua gol awal dalam tempoh 10 minit kepada Yannick Carrasco dan Romelu Lukaku sebelum meledak sendiri pada lewat babak kedua.
Iklan
Iklan
"Sangat penting untuk melihat bagaimana kami beraksi dalam perlawanan persahabatan ini.
"Bukan mudah bermain di sini... Jerman memiliki sebahagian pemain yang sangat bagus," kata jurulatih Belgium, Domenico Tedesco.
Jerman berharap akan tampil dengan persembahan lebih baik selepas tersingkir daripada kejohanan besar sebelum ini, namun tewas kepada Belgium buat kali pertama sejak 1954.
"Kami terlalu banyak dikawal, terlalu pasif dan kami gagal memberikan tekanan terhadap lawan. Belgium bermain tanpa belas kasihan," kata jurulatih Herman, Hansi Flick.
Juara dunia empat kali itu tersingkir pada peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut di Piala Dunia tahun lalu selepas kalah pada kelompok 16 terakhir di tangan England pada Euro 2020.