Messi ledak gol ke-100 bersama Argentina

Iklan
Messi (kanan) cemerlang meledak hatrik ketika membenam Curacao. - Foto EPA

LIONEL Messi menjaringkan gol ke-100 peribadinya untuk Argentina dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan juara dunia itu membelasah Curacao 7-0 di Santiago del Estero, awal pagi Rabu.

Dalam perlawanan itu, Messi meledak hatrik sekali gus meneruskan prestasi cemerlangnya yang turut menjaringkan gol dalam aksi persahabatan menentang Panama pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Gol ketika menentang Panama itu juga menyaksikan beliau telah mencapai angka 800 gol dalam kariernya di peringkat kelab dan antarabangsa.

Gol antarabangsa senior pertama pemain berusia 35 tahun itu muncul ketika menentang Croatia dalam kekalahan persahabatan 3-2 pada Mac 2006.

Iklan

Lapan gol yang dijaringkannya menentang Bolivia menjadikan negara Amerika Selatan itu sebagai lawan kegemarannya, diikuti oleh Ecuador dan Uruguay dengan enam gol menentang kedua-dua pasukan itu).

Qatar pula adalah satu-satunya pasukan yang Messi telah lawan lebih daripada sekali tanpa menjaringkan gol (dua perlawanan).

Iklan

Di luar perlawanan persahabatan, Messi telah menjaringkan 28 gol dalam kelayakan Piala Dunia dan 13 gol di Copa America dan Piala Dunia.

Selain membawa Argentina menjulang Piala Dunia tahun lalu, pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu juga menjulang Copa America pada 2021.