Mains salur lebih RM16 juta zakat sepanjang Ramadan

Iklan
Abdul Aziz (kanan) ketika menyerahkan bantuan zakat.

PORT DICKSON - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan menyalurkan lebih RM16 juta dana zakat meliputi pelbagai skim bantuan sepanjang Ramadan ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, bantuan itu termasuk bantuan tahunan kariah masjid dan surau, bantuan saguhati jawatankuasa masjid dan surau, bantuan bulanan Ramadan dan Aidilfitri serta asnaf fakir miskin.

Iklan
Iklan

"Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Guru Kafa Tulen sebanyak RM884,500 turut diberikan berikutan gaji guru-guru ini agak rendah. Jadi mereka juga mendapat bantuan tersebut.

"Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga Disember 2022, Mains telah berjaya mengagihkan dana zakat berjumlah RM159.3 juta terdiri daripada 46,761 penerima meliputi bantuan asnaf fakir, miskin, mualaf, ibnu sabil, fisabilillah, amil dan gharimin," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Mains Bersama Media 2023 di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, mengulas mengenai zakat fitrah beliau berkata, kadar ditetapkan pada tiga harga berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21 bagi setiap seorang.

Iklan

"Pada Ramadan ini kita berusaha untuk meningkatkan kutipan zakat terutamanya zakat fitrah kerana telah dapat fatwa untuk zakat fitrah pada tahun ini dalam tiga kadar.

"Kalau tahun lepas kita telah buat saranan supaya ketiga-tiga kategori pembayaran zakat fitrah ini dilakukan secara sukarela.

"Justeru, saya yakin tahun ini dengan kerjasama, kutipan zakat fitrah akan bertambah bagi tujuannya membantu pihak yang memerlukan,” katanya.