39 terbunuh dalam kebakaran di pusat tahanan pendatang di Mexico

Iklan
Seramai 39 orang maut dalam kebakaran di pusat tahanan sementara pendatang asing di Ciudad Juarez di utara Mexico. Foto Reuters

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 39 orang maut dalam kebakaran di pusat tahanan sementara pendatang asing di Ciudad Juarez di utara Mexico bersempadan dengan Amerika Syarikat yang berlaku pada malam Isnin, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada Selasa.

Kebakaran bermula pada sebelah malam hari Isnin di pusat tahanan sementara migran di Ciud Juarez di negeri Chihuahua, yang terletak di utara dan bersempadan dengan Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

"Kami percaya ia ada kaitan dengan bantahan mereka (pendatang) selepas mengetahui mereka akan dihantar pulang.

"Mereka meletakkan tilam di pintu rumah dan membakarnya sebagai protes dan tidak menyangka ia akan menyebabkan tragedi ngeri ini," kata Lopez Obrador kepada wartawan, lapor Xinhua.

Iklan

Presiden itu berkata, kebanyakan pendatang di pusat itu berasal dari Amerika Tengah dan Venezuela dan setakat ini pihak berkuasa masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban.

Sejumlah 68 pendatang ditempatkan di pusat itu dan 29 berada dalam"keadaan serius", menurut laporan pihak berkuasa imigresen.

Iklan

Lopez Obrador juga berkata, Pejabat Peguam Negara telah memulakan siasatan berhubung kebakaran itu. - Bernama