LLM, syarikat konsesi kerjasama laksana sistem bayar tol terbuka

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi akan bekerjasama melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka (Open Payment System).

LLM memaklumkan, proses berkenaan akan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka ini juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini.

"Ini adalah merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan memberi pilihan dan kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit selewat-lewatnya September ini.

Pada masa sama, LLM berharap pengguna dapat memberikan komitmen dan sokongan berterusan dalam penambahbaikan dan pengoperasian lebuh raya bertol dan pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada pengguna lebuh raya.

Iklan