Kerajaan Perpaduan beri lebih peruntukan kepada Kelantan, Terengganu

Iklan
Anwar - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan memberikan peruntukan lebih tinggi kepada Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa pentadbiran sekarang memilih untuk menekan negeri-negeri yang tidak menyokong kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau sedia untuk membuat pindaan berdasarkan kritikan dan teguran, namun menegaskan fitnah mengatakan kerajaan menekan negeri tersebut harus dihentikan.

"Saya harap fitnah seperti ini dihentikan dan Dewan Negara dapat tunjuk contoh yang baik bahawa kritikan dibenarkan, teguran (juga dibenarkan) dan saya bersedia untuk membuat pindaan, penyesuaian setelah mendengar pandangan dan teguran.

Iklan

"Tapi fitnah ini tidak boleh diteruskan dan fitnah ini kadang-kadang fitnah ini dibuat oleh ketua parti yang kata zalimnya Menteri Kewangan kerana menindas dan tidak memberikan peruntukan keapda negeri-negeri, atau melewatkan, mengurangkan.

"Semua fakta itu salah,” katanya ketika sesi Pembentangan Belanjawan di Dewan Negara pada Rabu.

Iklan

Tegasnya, tanggungjawab beliau adalah untuk menjawab semua tohmahan tersebut dan bukannya menyerang ulama kerana mereka membentangkan fakta yang salah. - Awani