PEMAIN sayap Tottenham Hotspur, Dejan Kulusevski mengakui sedih apabila Antonio Conte dipecat oleh kelab, namun mendakwa pemain Spurs menyokong keputusan memecat pengendali kelahiran Itali itu.
Conte melepaskan jawatan sebagai pengurus Spurs secara 'persetujuan bersama', Ahad lalu selepas 16 bulan membimbing pasukan di utara London itu.
Iklan
Iklan
"Ia sentiasa menyedihkan apabila anda telah bekerja dengan seseorang itu dan kemudiannya dia pergi. Tetapi, kehidupan perlu diteruskan dan kami mempunyai sepuluh perlawanan lagi sekarang dan kami perlu melakukan yang terbaik untuk mencapai empat teratas.
"Kemudian kita akan lihat siapa yang datang musim depan, tetapi saya sangat menikmati bermain di kelab ini," katanya.
Menurut Kulusevksi, keputusan kolektif untuk memecat Conte itu tidak mengundang masalah kepada kelab.
"Bukan saya yang tentukan. Siapa pun jurulatih, kami pemain akan sentiasa menerima dan bermain.
"Sekarang kelab membuat keputusan ini kerana mereka fikir ia adalah yang terbaik, dan kami pemain berdiri di belakangnya," katanya.