Zakat fitrah Pahang kekal RM7: MUIP

Iklan
Gambar hiasan

PEKAN - Kadar zakat fitrah bagi Pahang kekal RM7 tahun ini berdasarkan harga beras ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), kata Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Katanya, bagi melancarkan urusan pembayaran zakat fitrah tahun ini yang kadarnya kekal 11 tahun berturut-turut itu, seramai 954 amil telah ditauliahkan untuk melaksanakan kutipan zakat berkenaan di seluruh Pahang.

Iklan
Iklan

"Masyarakat Islam di negeri ini dinasihat membayar zakat fitrah hanya kepada amil yang ditauliahkan MUIP.

"Individu yang didapati mengutip zakat fitrah tanpa diberi kuasa MUIP, adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya ketika ditemui pada sidang media di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Wan Abdul Wahid berkata MUIP turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui laman sesawang ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah.

Katanya mereka yang enggan membayar zakat firah, boleh disabitkan kesalahan mengikut Seskyen 40 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Iklan