JKN Selangor pantau bazar Ramadan secara berkala

Iklan
JKN Selangor menjalankan pemeriksaan di sebuah bazar Ramadan di negeri ini.

SHAH ALAM - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor akan melaksanakan operasi pemantauan dan pemeriksaan bazar Ramadan di seluruh negeri ini.

JKN Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) secara berkala.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, operasi itu penting bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual sepanjang Ramadan selaras dengan keperluan Akta Makanan 1983.

"Selain itu, pensampelan makanan Ready-To-Eat (RTE) yang berisiko tinggi juga dijalankan dan jenis analisa adalah mikroorganisma bagi menjamin keselamatan makanan kepada pembeli," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Selain itu, pengendali makanan juga diingatkan supaya mendapatkan suntikan vaksin anti tifoid dan menghadiri latihan.

"Kira-kira 232 lokasi bazar Ramadan melibatkan 15,593 tapak bazar dengan membabitkan 46,779 pengendali makanan beroperasi di Selangor," jelas kenyataan berkenaan.

Iklan