Pemilik kereta dihempap pokok tumbang boleh tuntut pampasan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar kecil: Ng Sze Han)

SHAH ALAM - Mangsa kejadian pokok tumbang di Kota Kemuning pada Selasa boleh membuat tuntutan pampasan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, mangsa terlibat boleh membuat tuntutan mengikut prosedur ditetapkan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, tuntutan membabitkan kes seumpama itu adalah perkara sedia ada dalam insurans dinamakan Tanggungan Awam (public liabiliti).

"Mangsa perlu membuat laporan sendiri kerana perkhidmatan tidak tersedia secara dalam talian.

Iklan

"Pemilik kenderaan tidak perlu menunggu pegawai MBSA tiba di tempat kejadian untuk menilai keadaan. Juga tidak perlu menghalang kontraktor pembersihan membersihkan serpihan pokok kerana pembersih terpaksa melakukannya atas sebab keselamatan awam," katanya seperti dilaporkan sebuah portal pada Rabu.

Menurut Sze Han, pemilik kenderaan hanya perlu merakam gambar kerosakan dialami akibat pokok tumbang dan terus ke MBSA untuk membuat tuntutan.

Iklan

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, mangsa pokok tumbang berkeras tidak mahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalihkan dahan yang menghempap kenderaan miliknya dalam satu kejadian di Kota Kemuning, dekat sini.

Tindakan individu terbabit dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA.