SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani membuat laporan polis susulan surat tular yang mengaitkan namanya dalam penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri di Tapak Dataran Senawang.
Laporan polis itu dibuat Mohamad Taufek pada Rabu, jam 5.46 petang di Balai Polis Seremban untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan jahat dan ingin menafikan berkaitan isu surat yang tular itu.