Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam Hainan

Iklan
Anwar beramah mesra dengan Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Islam Bandar Sanya Chen Yishan (tiga dari kanan) pada Majlis Berbuka Puasa bersama wakil komuniti Islam setempat sebaik tiba bagi menghadiri 'Boao Forum For Asia' hari ini. Turut hadir Naib Presiden Persatuan Islam Sanya Li Shaohua (kanan) dan Iman Masjid Nankai Chen Yijing (dua dari kanan). Foto Bernama

HAINAN - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023).

Pada majlis berkenaan, Anwar turut mengimamkan solat Maghrib dan menunaikan solat sunat terawih di Hotel Boao Golden Coast.

Iklan
Iklan

Seorang wakil komuniti Islam setempat, Chen Yijiang berkata beliau yang pernah tinggal di Malaysia selama 10 tahun berasa gembira dapat bertemu dan berbuka puasa dengan Perdana Menteri.

Beliau yang merupakan Imam Masjid Nankai di Daerah Tianya berharap kedatangan Anwar akan memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan China.

Iklan

Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas petang tadi bagi menghadiri BFA 2023 sekali gus memulakan lawatan rasmi empat hari beliau ke China.

Ini adalah lawatan antarabangsa kesembilan beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November lepas. - Bernama

Iklan