KPKM sambut baik bantuan khas pesawah, nelayan

Iklan
Mohamad Sabu

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri khususnya berkenaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pengumuman berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib pesawah dan nelayan selaras dengan kerangka visi Malaysia MADANI.

Iklan
Iklan

"Ini adalah tambahan daripada bantuan yang telah diberikan sebelum ini termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM300 dan sumbangan tunai kepada pesawah sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad berkata, KPKM amat berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau dalam memastikan kebajikan pesawah serta nelayan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi dan KPKM berharap bantuan yang diberikan ini akan dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Iklan
Iklan