Pikat bukan Bumiputera sertai sektor awam

Iklan
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya - Foto 123RF

MALAYSIA Madani bukan hanya slogan semata-mata tetapi adalah tunjang kepada inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri bukan sahaja perlu menyatupadukan pemahaman politik yang sekian lama sebelum ini bertelagah, malah cabaran lebih besar adalah untuk menarik minat kepelbagaian kaum menyertai sektor awam.

Iklan
Iklan

Sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang Parlimen kelmarin, setakat ini hanya tiga peratus bukan Bumiputera yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Alasan yang diberikan adalah kerja susah dan pendapatan tidak setimpal, membuatkan mereka tidak berminat menyertai badan beruniform itu sama ada di darat, laut mahupun udara.

Iklan

Apakah ada yang tidak kena dengan sektor kerajaan kerana hanya didominasi oleh kaum utama sahaja di negara ini?

Itu baru ATM, satu daripada cabang utama pekerjaan dalam negara. Bagaimana pula dengan segmen lain seperti sektor kesihatan, pendidikan atau pentadbiran, adakah menerima nasib yang sama?

Iklan

Berdasarkan statistik antara tahun 2014 hingga 2018, kaum Melayu didapati paling berminat dan paling ramai berdaftar dengan SPA untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam iaitu sebanyak 79.45 peratus.

Ini diikuti Bumiputera Sabah sebanyak 7.79 peratus, Sarawak (5.59 peratus), India (3.35 peratus), Cina (1.72 peratus) dan Orang Asli (0.24 peratus).

Malaysia Madani mahukan kepelbagaian dan kebersamaan, bukan teori politik sahaja tetapi masyarakat pelbagai kaum yang memberikan perkhidmatan kepada negara tercinta.

Konsep Madani harus diterapkan agar semua boleh menerima tawaran kerajaan dan menyamaratakan perjawatan yang ada.

Memang benar, ada kerja dengan gaji bulanan ‘tidak lumayan’ membuatkan ia kurang mendapat sambutan tetapi penyelesaian tuntas perlu ada bagi mengimbangkan perjawatan yang masih tidak terisi itu.

Adakah salah sistem atau memang benar bukan Bumiputera tidak berminat? Jangan pula nanti timbul dakwaan rasis apabila sektor pekerjaan awam tidak seimbang, sedangkan mereka sendiri tidak berminat.