Shopping barang raya tapi lupa bayar hutang kawan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ORANG Malaysia ni agak pelik. Baru masuk hari kelapan tapi sudah ada yang sibuk dengan persiapan menyambut Hari raya Aidilfitri.

Merak Jalanan tidak hairan jika ada pasar raya besar yang sudah mengadakan promosi jualan Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Lihat sahaja pada cuti hujung minggu ini, berbondong-bondonglah umat Islam mengunjungi pasar raya besar untuk membeli persiapan Aidilfitri.

Lokasi tumpuan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR pula mesti sesak luar biasa.

Iklan

Merak Jalanan juga tidak hairan sekiranya permintaan terhadap baju-baju raya pun bertambah.

Maklumlah dua tahun lepas tak dapat beraya dengan sempurna akibat pandemik Covid-19.

Tahun lepas pula Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh jatuhnya satu Syawal sehari lebih awal daripada yang dijangkakan warga Malaysia. Ramai yang kelam-kabut dibuatnya.

Iklan

Merak Jalanan tak kisah kalau nak berhabis pun sebab hak masing-masing untuk berbelanja.

Tapi sebelum berbelanja tu, bayarlah hutang kawan-kawan dulu. Mereka pun nak beraya juga.

Merak Jalanan cuma nak ingatkan sahaja, sebab sekarang ini ramai yang cukup liat nak bayar hutang.

Orang yang beri hutang pula jadi segan untuk menuntut hak mereka. Ini pun satu lagi kepelikan di Malaysia. Bila tak ada wang, sanggup meminjam daripada kawan-kawan.

Tapi bila ada wang, bukan sahaja lupa kawan-kawan, diri sendiri pun dia boleh lupa!

Ada rangkap lagu yang menyebut:"Buai laju-laju biar sampai pokok sena, bayar hutang itu takut nanti kau merana."

Satu lagi Merak Jalanan nak ingatkan, berhemahlah jika berbelanja supaya tidak terjerat dalam beban hutang.

Elakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan. Bak kata pepatah Melayu, ukur baju di badan sendiri dulu.