Tidak campur kemelut BN Melaka

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Yadzil

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) Melaka mengambil pendirian tidak mencampuri urusan kemelut politik yang berlaku di dalam Barisan Nasional (BN) Melaka.

Ketua Pembangkang Melaka yang juga Pengerusi PN negeri, Dr. Mohd Yadzil Yaakub berkata, bagaimanapun menghormati keputusan Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

"Saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN yang lain akan kekal komited sebagai pembangkang yang berwibawa.

Iklan

Beliau yang juga ADUN Bemban berkata, terpulang kepada kepimpinan BN Melaka untuk menamakan siapa bakal Ketua Menteri baharu.

"Semoga Ketua Menteri yang baharu akan terus membawa agenda rakyat yang sekarang sedang tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Iklan

"Serta mampu menyelesaikan segala permasalahan rakyat di samping membawa kemajuan kepada Negeri Melaka," katanya lagi.