Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala - PM

Iklan
Anwar (kiri) mengadakan pertemuan dua hala dengan Hsien Loong sebelum menyampaikan ucapan di Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) pada Khamis. - Bernama

KUALA LUMPUR - Hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hainan, China pagi Khamis.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi catatan di Facebook, di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pertemuan empat mata bersama Hsien Loong diadakan sebelum Anwar menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan, China pada Khamis yang merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke China.

Pada Rabu, pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang antarabangsa Boao pada pukul 5.29 petang (waktu tempatan sama dengan waktu Malaysia).

Iklan

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam lawatan berkenaan. - Bernama

Iklan