Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Iklan
Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh, hari ini sekali lagi menjadi tumpuan selepas pengesahan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam. - Foto Bernama

MELAKA - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan pada Jumaat ini.

Istiadat itu akan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri pada jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara,7 Perlembagaan Negeri Melaka, Tun Mohd Ali hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak didedahkan siapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Baharu.

Iklan

Sulaiman yang juga ADUN Lendu dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 pada Mac 2020 menggantikan Adly Zahari yang tidak mendapat sokongan majoriti ADUN sebagai Ketua Menteri pada ketika itu.

Dalam masa sama, nama ADUN Tanjung Bidara yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh disebut-sebut akan mengisi kekosongan jawatan itu.

Iklan