MANILA - Sekurang-kurangnya 10 penumpang maut apabila feri yang membawa lebih 200 orang terbakar di selatan Filipina lewat malam Rabu, kata seorang pegawai tempatan pada Khamis.
Memetik laporan awal, Nixon Alonzo, ketua pejabat pencegahan dan pengurusan bencana wilayah Basilan, memberitahu radio tempatan bahawa tujuh penumpang yang terjun ke laut masih hilang. Sekurang-kurangnya 195 penumpang dan 35 anak kapal berjaya diselamatkan, lapor Xinhua.