BANGKOK - Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis termasuk ujian terowong angin dan analisis laluan matahari bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40), kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Beliau berkata, ujian lain termasuk analisis keselesaan termal dan indeks bangunan hijau (GBI)
Program baharu itu akan dimulakan dengan projek rumah mampu milik seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Belia Madani, Rumah Mesra Rakyat, dan Program Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).
"Saya mahu buat perubahan ini. Kami memilih kualiti daripada kuantiti. Oleh itu mereka bertanggungjawab menjalankan analisis dan ujian.
Kor Ming terkejut meneliti hasil kajian Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mendedahkan bahawa 13.4 peratus kanak-kanak dan remaja yang tinggal di PPR di Kuala Lumpur dan Selangor terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri akibat tekanan hidup.
"Ia tidak dirancang dengan betul. Projek perumahan itu tidak boleh didiami dan keadaannya teruk dan sempit. Oleh itu, kementerian berazam untuk membina rumah yang selesa didiami,” katanya.
Kor Ming berkata, kementerian itu komited untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik menjelang 2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025), dan ini akan dibina mengikut lima prinsip penting: - kebolehcapaian, kebolehdiaman, ketersambungan, komuniti yang baik dan kemampanan untuk memenuhi keperluan perumahan masa kini dan masa hadapan.
Beliau berkata, kerajaan, agensinya dan sektor perniagaan telah membina lebih 280,000 rumah mampu milik setakat ini.
"Masih ada 220,000 unit lagi untuk disediakan. Mulai sekarang, kami akan menukar konsep rumah mampu milik kami supaya mematuhi lima petunjuk utama tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Program Pemilikan Rumah (HOPE) diperkenal untuk menyatukan dan menyediakan maklumat komprehensif tentang ekosistem perumahan bagi memastikan akses kepada pembiayaan dan projek-projek ini diwujudkan dan didorong melalui perkongsian pelbagai organisasi awam dan swasta.
Sementara itu, Kor Ming menggesa rakyat memainkan peranan dalam menyelenggara kemudahan di projek rumah mampu milik.
Sebelum menerima kunci rumah, katanya, pemilik PPR perlu melengkapkan latihan penyertaan sivik yang merangkumi arahan tentang kepentingan membayar yuran penyelenggaraan, menghentikan vandalisme dan menjaga kebersihan.
"Kami ingin mewujudkan kesedaran untuk memastikan pemilik memahami tanggungjawab mereka apabila menggunakan kemudahan biasa... atau jika tidak, PPR baharu akan menjadi kawasan setinggan 10 tahun akan datang.
"Anda tidak boleh mengharapkan kerajaan membayar yuran penyelenggaraan. Oleh itu, orang ramai mesti turut serta dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan persekitaran yang boleh didiami, selesa dan mesra,” katanya. - Bernama
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga, rumah mamu milik, PPR, PR1MA