Lebih 1,000 tahanan mati sejak rampasan kuasa di Mynamar

Iklan
Seorang anak kecil meratapi kematian bapanya yang maut semasa dalam tahanan tentera junta. - Agensi

YANGON - Sebuah kumpulan pemantau di Myanmar mendakwa sekurang-kurangnya 1,113 orang mati dalam tahanan sejak rampasan kuasa tentera pada awal Februari 2021.

Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik Myanmar (AAPP), kebanyakan mangsa mati akibat ditembak, dibakar atau diseksa tanpa perikemanusiaan tidak lama selepas mereka ditahan.

Iklan
Iklan

Tambah AAPP, aktivis dan pejuang antijunta, pemimpin agama, penjawat awam yang melancarkan mogok, serta penyokong Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) antara yang ditahan dalam tindakan keras tentera bagi membendung gelombang antirampasan kuasa di negara berkenaan.

"Kebanyakan kematian dalam tahanan tentera dan militia projunta Pyu Saw Htee berlaku di wilayah Sagaing diikuti Mandalay dan Magwe.

Iklan

"Angka kematian sebenar mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan," jelas persatuan tersebut dalam satu kenyataan.

Antara kes kematian dalam tahanan yang mendapat perhatian AAPP adalah melibatkan tiga warga emas yang mengalami masalah mental.

Iklan

Ketiga-tiga mangsa ditembak selepas tentera junta menyerbu perkampungan mereka pada 18 Mac lalu.

Awal bulan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan laporan yang mendokumentasikan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia antara 1 Februari 2022 hingga 31 Januari 2023 oleh tentera junta ke atas orang awam di barat laut dan tenggara Myanmar.

Laporan itu turut menggesa pihak berkuasa di Myanmar untuk menamatkan keganasan dan menghentikan penganiayaan terhadap pihak lawan. - Agensi