Lagi kapal tangki ditahan di Kota Tinggi

Iklan
Kapal tangki tersebut yang ditahan di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup, semalam.

KOTA TINGGI - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berjaya menahan sebuah lagi kapal yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup sekali gus menjadikan ia tangkapan ketujuh dibuat pada bulan ini.

Pemangku Timbalan Pengarah Operasi ZMTS, Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly Pasrial berkata, kapal tangki itu ditahan oleh sebuah bot ronda Maritim Malaysia dalam OP Jaksa di sekitar perairan Pengerang kira-kira jam 10.50 pagi, semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia selain dokumen berkenaan insurans kapal telah tamat tempoh.

"Kapal tangki yang berdaftar di Singapura itu dikendalikan lima kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun. Kesemua kru warganegara Indonesia."Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 361(3) iaitu Insurans kapal telah tamat tempoh.

Iklan

"Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, manakala bagi kesalahan insurans kapal tamat tempoh jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM200,000 dan tidak lebih RM500,000.

Iklan

Beliau turut memaklumkan dua orang kru kapal tangki tersebut telah dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya.

"Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara memandangkan penahanan kapal tangki ini merupakan kes yang ketujuh sepanjang bulan April,"katanya lagi.