Air nira kelapa

Iklan
Pengusaha Ismail Madmin, 60 dan isteri Zaiton Abdullah, 52, memeriksa air manisan nira yang terkumpul dalam bekas plastik selepas diikat pada mayang pokok kelapa ketika tinjauan di Kampung Batu Putih hari ini.

Setiap kali Ramadan, pengusaha air nira kelapa atau lebih dikenali sebagai air tuak oleh penduduk Terengganu tidak akan menang tangan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Ismail berkata pada Ramadan ini, beliau menjual dengan harga RM50 bagi kapasiti 10 liter manakala saiz 1.5 liter berharga RM11.

Iklan
Iklan