Taktik dua sindiket seludup rokok dari China terbongkar

Iklan
Misbahudin (tengah) menunjukkan rokok putih yang dirampas pihaknya, selepas sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Iskandar Puteri, pada Khamis

ISKANDAR PUTERI - Taktik dua sindiket penyeludupan rokok dari China yang mengikrarkan barang dagangan sebagai barangan plastik dan lampu bagi mengaburi mata pihak berkuasa

gagal selepas berjaya dikesan dalam dua pemeriksaan berasingan di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang pada awal Mac.

Iklan
Iklan

PengarahJabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Misbahudin Parmin berkata, kegiatan tersebut terbongkar selepas pihaknya melakukan dua pemeriksaan melibatkan dua kontena sebelum menemukan 1,521,600 batang rokok putih yang dianggarkan bernilai RM1.27 juta.

"Dalam serbuan pertama kira-kira jam 4 petang, pada 6 Mac lalu, hasil maklumat risikan zon selatan, kita telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena di Zon Bebas pelabuhan itu.

Iklan

"Kita menemui sejumlah rokok putih yang tidak bercukai dianggarkan bernilai RM67,000 dan anggaran duti dan cukai terlibat sebanyak RM402,000," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai pada Khamis.

Susulan penemuan rokok pelbagai jenama itu, Misbahudin berkata, seorang lelaki warga tempatan yang juga wakil syarikat terbabit berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

Katanya, selepas disoal siasat lelaki berkenaan kemudiannya dilepaskan dengan wang jaminan RM50,000.

Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan berasingan di sebuah gudang di lokasi sama pada jam 12 tengah hari pada 15 Mac lalu, pihaknya

melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena dan turut menemukan rokok putih.

"Hasil pemeriksaan barang dagangan yang diikrar dalam BK2 adalah lampu, bagaimanapun kita menjumpai sejumlah rokok putih yang dipercayai belum lulus Kastam.

"Anggaran keseluruhan nilai barang kes dirampas adalah sebanyak RM115,200 dan anggaran jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM687,000," ujar beliau.

Beliau berkata, wakil syarikat terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum dilepaskan dengan wang jaminan RM30,000.

Jelasnya, walaupun kes itu melibatkan dua sindiket berbeza, namun mereka menggunakan modus operandi yang sama dengan membuat pengikraran palsu serta perakuan tidak benar dalam BK2 untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Kedua-dua syarikat yang diwakili lelaki yang ditahan itu tidak mempunyai rekod menyeludup rokok putih ke dalam negara.

"Kita percaya rokok yang dibawa masuk dari China itu akan melalui kawasan ini sebelum dieksport keluar dipercayai ke Australia dan bukannya untuk pasaran tempatan," katanya.

Tambahnya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135(1)(a) akta sama.