Pahang lulus 6,000 Rumah Makmur

Iklan
Wan Rsody (tengah) melakukan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Tapak Rumah Makmur Padang Saujana, Pulau Tawar, kelmarin.

JERANTUT- Sebanyak 6,000 unit Rumah Makmur telah diluluskan untuk pembinaan sehingga April tahun ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Pahang memiliki rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut hampir mencapai sasaran ditetapkan kerajaan negeri iaitu 10,000 unit rumah sejak dilancarkan tiga tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, projek itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri membantu golongan sasaran memiliki rumah sendiri dengan kos berpatutan.

"Bagi projek Rumah Makmur, kerajaan negeri menawarkan kediaman berharga RM80,000 kepada mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Rumah Makmur Padang Saujana, Pulau Tawar, kelmarin.

Iklan

Hadir sama, ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah; ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud.

Wan Rosdy turut memberitahu setakat ini sebanyak 14 projek terbabit telah dilaksanakan termasuk di Kuantan,Temerloh, Maran, Lipis dan Bera.

Iklan

Ujarnya, projek terbabit adalah penambahbaikan kepada projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang diuruskan kerajaan negeri sejak diumumkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada 2013.

"Sebelum ini kita telah melaksanakan sebanyak 125 projek PR1MA di seluruh negeri namun tujuh projek dibatalkan kerana masalah pemaju.

"Bagaimanapun kita kini sedang menyiapkan sebanyak 35,610 unit rumah PR1MA di 11 daerah," katanya.