Platform digital mudah manipulasi pemikiran rakyat

Iklan
Mohammad Tawfik ketika program Sinar Live bertajuk Pentaasub politik 'spin'. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Kandungan video tidak lengkap yang dimuat naik oleh pentaksub atau ahli politik menerusi media sosial boleh mempengaruhi pemikiran rakyat, sekali gus boleh menyebabkan kerosakan dalam masyarakat.

Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ini kerana kebanyakkan pengguna platform itu mudah dipengaruhi dan jarang sekali menilai terlebih dahulu sesuatu maklumat atau berita diperoleh.

Iklan
Iklan

"Kita lihat jika (seseorang) hasilkan video panjang tetapi diambil separuh (dan) kemudian 'spin'(putarbelit) perkataan tertentu yang tidak menggambarkan keseluruhan ucapan.

"Saya melihat ia satu kerosakan dalam masyarakat kita yang akhirnya dengan mudah mempengaruhi pemikiran mereka untuk dijual beli dalam kalangan ahli politik atau pentaksub," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika program Sinar Live bertajuk Pentaasub politik 'spin' yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar.

Mohammad Tawfik dalam masa sama menggesa semua pihak khususnya ahli politik agar tidak memutarbelit sesuatu isu dengan menggunakan saluran digital semata-mata demi mendapat keuntungan dan populariti.

Iklan

Ujarnya, negara kini perlu menuju ke arah politik yang matang bukan hanya memikirkan kepentingan peribadi.

"Melalui Facebook, Twitter dan TikTok, saya boleh nyatakan bahawa zaman sekarang pendemokrasian itu dalam bentuk 'Tiktokcrazation iaitu proses demokrasi berbentuk 'Tiktokcracy' yang begitu meluas.

"Ia menyebabkan bukan sahaja anak-anak muda tetapi golongan veteren terpikat dengan video TikTok yang akhirnya mewujudkan gelombang baik atau sebaliknya kepada politik negara," ujarnya.