Joko Widodo kecewa keputusan FIFA

Iklan
Joko Widodo

PRESIDEN Joko Widodo menzahirkan rasa sedih atas keputusan Federasi Sepak Bola Antarabangsa (FIFA) membatalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun 2023 di Indonesia.

Beliau berkata, keputusan itu turut mengecewakan seluruh rakyatnya namun mahu mereka segera melupakannya dan tidak saling menunding jari menyalahkan sesiapa.

Iklan
Iklan

"Kita harus menghormati dan menerima keputusan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir juga digesa mengelakkan negaranya dikenakan tindakan tatatertib dan mencuba untuk menjadi hos bagi kejohanan FIFA yang lain.

Iklan

FIFA pada Rabu menarik balik hak menganjur Piala Dunia Bawah 20 tahun daripada Indonesia selepas beberapa ahli politik negara itu membantah penyertaan pasukan Israel.

Menurut persekutuan itu, tindakan tatatertib terhadap PSSI mungkin diputuskan tidak lama lagi.

Iklan

Indonesia dipilih sebagai penganjur pertandingan edisi 2023 pada Oktober 2019 sedangkan pasukan Israel melayakan diri ke kejohanan itu pada Julai 2022.

Kejohanan Piala Dunia B-20 dijadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun membabitkan 24 negara dan berlangsung di enam lokasi iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya. - Bernama