NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas bumbung menutupi"bawdi” runtuh ketika ritual keagamaan berlangsung di sebuah kuil di Indore, Madhya Pradesh pada Khamis.
Kira-kira 30 orang dilaporkan terperangkap selepas bumbung yang menutupi"bawdi" (tangga perigi) di kuil itu runtuh semasa upacara perayaan Hindu Ram Navami, lapor media tempatan.