Bila doktor nak berseloroh tapi tak kena gaya

Iklan
Foto hiasan 123RF

SEJAK dulu, Merak Jalanan sering mendengar rungutan mengenai doktor yang kurang pandai berkomunikasi dengan pesakit.

Boleh dikatakan, kes sebegini sering kali berlaku dalam kalangan orang sekeliling kita malah kerap kali juga mereka kongsikan di media sosial masing-masing.

Iklan
Iklan

Sebelum ini Merak Jalanan tidak pernah ambil pusing sangat perkara itu. Sehinggalah kejadian menimpa ibu saudara Merak Jalanan sendiri.

Usianya sudah menjangkau usia 80 tahun dan menderita penyakit tiga serangkai. Pergi balik hospital perkara biasa.

Iklan

Merak Jalanan lihat anak-anaknya penyabar. Sedikit pun tidak merungut menghantar ibunya ke hospital, sampai ada ketika terpaksa ‘bersidai’ di pekarangan hospital menunggu katil wad kosong.

Tapi baru-baru ini anaknya beritahu dia sangat terasa dengan kata-kata seorang doktor yang merawat ibunya.

Iklan

Kata doktor Melayu itu,"Kalau saya bagi injection (suntikan) ini, mungkin mak cik tak bangun selama-lamanya!”

Sehari selepas kejadian itu, ibu saudara Merak Jalanan itu benar-benar meninggal dunia.

Bagi Merak Jalanan, seorang doktor tidak sepatutnya berkata begitu walaupun mungkin hanya untuk berseloroh.

Sudah pasti ayat sebegitu akan 'mengoyakkan' hati pesakit yang bertarung nyawa dan keluarga seolah-olah tidak ada harapan lagi.

Benar, doktor juga manusia biasa. Mereka juga akan rasa penat apabila melayani ratusan pesakit dalam sehari.

Bagaimanapun, sebagai golongan profesional, mereka perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, menghadapi apa jua situasi dengan tenang.

Kata-kata seloroh yang tidak kena tempat hanya akan merobek dan melemahkan semangat pesakit.

Merak Jalanan nak nasihatkan para doktor supaya berhati-hatilah dalam berkomunikasi dengan keluarga pesakit.