'Wajah 4 beradik comel bersih, tidak terbakar' - Ebit Lew

Iklan
Jenazah empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, malam Khamis.

MUAR - Wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Sabak Awor di sini pada Rabu dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya pada malam Khamis berkata, cuma ada sedikit kesan calar pada wajah mereka.

Iklan
Iklan

"Adik kecil Puteri Aisyah 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4 tahun, Fatihah Aisyah 3 tahun. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.

Tragedi pada jam 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.

Iklan

Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat jam 8.15 malam Khamis di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini.

Ebit Lew yang turut hadir semasa pengebumian jenazah empat beradik itu mengakui tidak dapat menahan sebak dan menangis semasa berada di tanah perkuburan itu.

Iklan

Beliau turut sebak melihat tangisan ibu bapa mangsa sepanjang urusan pengurusan jenazah di sini.

Ebit Lew berkata, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barangan elektrik dan televisyen.

Katanya, wanita itu memaklumkan seorang anaknya, Aisyah terlalu ingin menemuinya.

"Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar," katanya.

Ebit Lew pada masa sama merakamkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan petugas Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini yang memudahkan pengurusan jenazah keluarga berkenaan.