Kereta mewah RM48.15 juta Ronaldo curi tumpuan

Iklan
Ronaldo bersama kereta mewah Bugatti. - Foto Agensi

PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo mencuri tumpuan peminat apabila memandu kereta mewah Bugatti bernilai £8.8 juta (RM48.15 juta) di Madrid pada Khamis.

Uniknya kapten Portugal itu merupakan salah seorang daripada 10 pemilik kereta yang jarang ditemui di dunia itu.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 38 tahun itu berjaya mendapatkan kereta model Centodieci yang amat ekslusif hasil rekaan jenama mewah dari Perancis.

Bagaimanapun penyerang Al-Nassr itu dikerumuni peminat ketika mahu menaiki kereta 1,600 kuasa kuda tersebut.

Iklan

Kereta berkenaan boleh dipandu dengan kelajuan maksimum 386 kilometer sejam.

Para peminat dilihat berebut untuk mengambil gambar dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

Iklan

Ronaldo kemudian menghidupkan enjin dan perlahan-lahan menggerakkan jentera 8 liter dengan enjin W16 itu.

Ini adalah kali pertama Ronaldo dilihat di khalayak ramai memandu kereta yang dibelinya tahun lalu.

Centodiece dalam bahasa Itali bermakna 110 - dibina sebagai sebahagian ulang tahun ke-110 Bugatti.

Ronaldo, yang juga pelanggan setia jenama itu, berjaya membeli kereta bernombor 7 dalam senarai hanya 10 unit dikeluarkan.

Ia menyamai nombor jersi yang popular dalam kariernya dan kereta mewah itu memiliki nombor pendaftaran Portugal.