Kes demam denggi meningkat 14.8 peratus

Iklan
Sebanyak 2,469 kes demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi 12 iaitu bermula 19 Mac hingga 25 Mac lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Noor Hisham)

SHAH ALAM - Sebanyak 2,469 kes demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi 12 iaitu bermula 19 Mac hingga 25 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan sebanyak 318 kes atau 14.8 peratus berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, satu kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan.

"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 26,222 kes berbanding 8,124 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 18,098 (222.8 peratus).

Iklan

"Sebanyak 17 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding empat kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 13 kematian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, sebanyak 81 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 91 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Iklan

Jelas beliau, ia termasuk 52 lokaliti hotspot di Selangor, Pulau Pinang (15), Sabah (6), empat di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta tiga lagi di Perak dan Kedah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi chikungunya, survelan merekodkan sebanyak satu kes pada minggu ke-12 menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini adalah 107 kes.

Menurut beliau, susulan peningkatan kes denggi di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi telah diaktifkan semula dan satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 28 Mac 2023.

"Jawatankuasa ini melibatkan 12 kementerian, semua pejabat menteri besar dan ketua menteri, serta Jabatan Wilayah Persekutuan dalam penentuan dasar dan strategi pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia,” ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, setiap lapisan masyarakat perlu mengambil tanggungjawab dan bertindak secara proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat ketika ini.

Jelasnya, pemimpin setempat, Jawatan kuasa Penduduk, Badan Pengurusan Bersama, ahli rukun tetangga atau pihak berwajib diminta menggerakkan komuniti untuk melakukan aktiviti cari dan musnah pembiakan nyamuk Aedes secara berjadual.

"Badan bkan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta turut digalakkan untuk menyokong inisiatif kawalan dan pencegahan secara berjadual.

"Lakukan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran premis dari tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.