DAVID de Gea tidak terganggu dengan perbincangan mengenai kontrak baharu dan kekal fokus untuk membantu Manchester United mendapat slot ke Liga Juara-Juara musim depan.
Kontrak De Gea bersama United akan tamat pada penghujung musim ini dan penjaga gol kelahiran Sepanyol itu yakin akan diberikan kontrak baharu untuk terus kekal di kelab tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya telah berada di sini selama bertahun-tahun, menikmati setiap saat di kelab ini dan bermain banyak perlawanan.
"Ia adalah sama selama bertahun-tahun. Terdapat banyak perkara dilalui, tetapi para pemain hanya menumpukan pada perlawanan. Apa yang akan kami hadapi pada hari Ahad - ia adalah perlawanan yang besar untuk kami kerana mahu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.
"Kami mempunyai banyak perlawanan jadi saya fikir kami perlu benar-benar mengambil berat tentang latihan, pulih dengan baik, membantu pasukan dan itu perkara paling penting, lebih daripada kontrak atau apa-apa sahaja," katanya.
United akan bertandang ke St James Park menentang Newcastle Ahad dengan pasukan lawan itu berada di tempat kelima hanya di bezakan tiga mata dengan United di tempat ketiga.
Artikel Berkaitan