'Empat beradik maut datang daripada keluarga susah'

Iklan
Ebit Liew ketika menziarahi Nabila Sedu, 31, ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran pada Rabu.

SHAH ALAM - Empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Kampung Sabak Awor, Muar pada Rabu datang dari keluarga yang susah.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew berkata, keluarga itu tidak mempunyai barangan elektrik termasuk televisyen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Tragedi pada jam 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.

Iklan

Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat jam 8.15 malam Khamis di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini.

Iklan